Demonstrasi Masakan Sos & Pes Tomyam.
3 Oktober 2017 | Aktiviti TerkiniProgram ini telah diadakan di Parit Jay, Matang Jelutong, Bagan Serai, Perak iaitu di kediaman seorang usahawan bernama Puan Rohani Yahya. Beliau merupakan seorang usahawan produk masakan seperti sos dan pes tom yam. Untuk program ini, beliau menunjukkan sendiri cara-cara untuk memasak menggunakan produk beliau. Sos dan pes buatan beliau boleh digunakan untuk memasak tom yam atau dijadikan bahan perasa untuk memanggang ikan. Peserta yang hadir dapat melihat sendiri cara-cara memasak yang mudah dan menyelerakan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: